Wednesday, September 8, 2010

Kenangan Ramadan tahun 1430 / 2009.

Salam semua.

Kenangan Ramadan tahun 1430 / 2009










Sedang menikmati hidangan more di perkarangan Masjid Bt.3.Shah Alam.




Takbir Aidil Fitri...

Siapapun tidak dapat mengelakkan diri dari merasai syahdu di pagi hari raya kerana ingatkan kampung halaman dan sanak saudara...bermacam-macam ingatan berpusing ligat di dalam minda...mungkinkah padi telah menghijau atau telah pun menguning, ikan puyu dan haruan jujuh melompat ke atas batas bendang mencari lokasi yang lebih banyak air.

Semua yang dialami dahulu diimbas kembali menjadikan hati bertambah syahdu dan pilu.Senyum dalam tangisan.




2 comments:

Jamsiah said...

Air yang mengalir tidak akan menongkah ke atas sebaliknya akan terus menuju ke lautan..

Begitu juga kenangan lalu telah menjadi sejarah.. ia takkan berulang... sekiranya berulang pasti tidak akan sama..

Namun.. semuanya pasti disimpan sebagai sesuatu yang paling berharga... keindahannya...

Leenoh said...

Salam Jamsiah.

Ulasan yang sangat menarik memberi ilham kepada sesiapa yang membacanya.

Memang benar bagai dikata..air akan mengalir tanpa beralih ke belakang, lagi curam permukaan bumi lagi lajulah ia bergerak, itulah sunnatullah yang Allah jadikan di atas muka bumi ini. itulah dunia yang dikatakan fana.

Kita hanya menyelesaikan takdir yang telah ditentukan ke atas kita, sampai ajal berubahlah kehidupan kita.