Monday, September 20, 2010

Balik kampung - syawal 1431h - dah sampai Alor Setar.

Salam semua.


Alhamdulillah, kami dah sampai Bandar Raya Alor Setar.




Jalan arah ke Stadium Darul Aman melalui jalan di hadapan Masjid Zahir, Balai Besar, Balai Nobat dan Menara Jam, kelihatan di hadapan Menara Alor Setar.




Panorama Kawasan Sawah.
Pandangan mata tidak tersekat, boleh lihat sejauh mata memandang, sawah menguning kerana padi telah masak dan sedang dituai, laluan menggunakan batas bendang akan disambut oleh belalang kunyit (kuning) berterbangan di kiri kanan jalan, juga kedengaran suara ikan puyu, haruan dan keli menangkap makanan di dalam air yang semakin hari semakin cetek kerana Pak Tani mengeringkan petak sawahnya untuk memberi laluan kepada mesin tuai dan mengelakkan buah padi dari dibasahi air.
Padi basah kualitinya akan terhakis dan timbangannya akan dipotong kerana berat disebabkan padi lembab .

No comments: