Monday, September 6, 2010

Bila dua beradik bergaduh.

Salam semua.

Apabila dua beradik yang telah dewasa bergaduh, samalah juga seperti mana orang lain bergaduh, mereka akan membuka pekung dan menceritakan keburukan lawan masing-masing, selama ini siapa pun tidak mengetahui hal tersebut, setelah mereka bergaduh barulah timbul rahsia yang sama-sama disembunyikan suatu ketika dahulu untuk kebaikan keluarga , kini semuanya didedahkan dan diketahui umum, mereka kini tidak lagi menjaga kepentingan keluarga kerana masing-masing inginkan kemenangan dan menjaga kepentingan diri atau salah satunya ingin menegakkan benang yang basah.Kalau cerita yang didedahkan itu palsu sekali pun akan dilihat benar oleh musuh mereka, secara tidak langsung cerita itu akan memberi kekuatan kepada musuh supaya lebih bersiap siaga dan berwaspada lagi. Sesungguhnya pergaduhan tidak pernah membawa kebaikan kepada sesiapa pun.

Dalam riuh rendah bergaduh itu, secara diam-diam musuh sebenar tidak lagi membuang masa, malah mereka mengutip dan mencatat segala rahsia yang diperolehi secara percuma itu untuk digunakan sebaik mungkin sebagai senjata untuk menumbangkan mereka yang dua beradik ini.mereka yang dua beradik ini cuma carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua, bagai air ditetak tidak akan putus.Tetapi, disebabkan minda dikuasai nafsu dan tamak, segala yang baik tidak lagi dilihat baik , kecuali yang baik itu akan dilihat baik sekiranya menguntungkan diri sendiri.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.walaupun akhirnya mereka bercantum tetapi segala rahsia penting telah pun didedahkan dan diketahui umum, khasnya musuh mereka berdua, tentulah beban itu terpaksa sama-sama dipikul mereka nanti.Lebih baik sebelum bergaduh berfikir terlebih dahulu risikonya, kebodohan orang cerdik biasanya dilihat cerdik jua, sebab itulah kerosakan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih besar dan berbahaya berbanding dengan kerosakan yang dilakukan oleh mereka yang kurang cerdik.

Sekian...Wallahu aklam.

.

No comments: