Thursday, September 23, 2010

Puasa Sunat Syawal ( Puasa Enam)

Salam semua .

Laman Kehidupan Bersih telah beberapa kali menukilkan mauduk ini, sehingga hari ini masih belum jemu-jemu menulisnya semata-mata kerana ingin memaparkan sekelumit pandangan mengenainya.

Sebentar tadi saya terbaca nukilan yang disiarkan di muka N17 Sinarharian (Selangor). KHAMIS 23 SEPTEMBER 2010 yang ditulis oleh Abdul Jalil Ali. Saya percaya ramai bersetuju dengan pandangan dan pendedahan atau senario yang digambarkan oleh penulis tersebut.

Kesukaran memulakan puasa sunat Syawal pada 2hb.Syawal dan meneruskan tanpa berselang hari bagi mereka yang ingin berpuasa dan ingin mematuhi sepenuhnya saranan Rasulullah.s.a.w. atau mendapatkan yang paling afdal, memang dirasai ramai orang seperti digambarkan oleh Abdul Jalil Ali itu. Saya sendiri hanya pada hari ini (14 Syawal 1431) baru akan sempurna berpuasa menjelang Maghrib nanti, kerana kekangan seperti yang disebutkan oleh beliau. Itupun kalau dipanjang umur, insya Allah akan tercapai.

Kekangan yang dihadapi di antaranya menyesuaikan diri dengan amalan adat seperti menziarahi sanak saudara sebaik sahaja tamat Ramadan dan menyempurnakan undangan Hari Terbuka atau menyambut tetamu yang bertandang ke rumah.Menziarahi sanak saudara sebenarnya amalan yang digalakkan oleh Islam, cuma iringan dan perkara sampingan itu yang kekadang dikuasai adat.Ibadat dan adat yang disepadukan secara tidak teliti menyebabkan terhakis kualiti ibadat.

Pada hemat saya dalam hal ini kita perlu sanggup membuat anjakan, anjakan ke arah lebih menyempurnakan saranan Rasulullah.s.a.w. iaitu Berhari Raya Aidil Fitri pada 1hb.Syawal, manakala 2hb.Syawal sehingga 7hb.Syawal berpuasa sunat secara berjamaah (beramai-ramai) dan Berhari Raya Kedua pada 8hb.Syawal, serentak dengan itu Hari Terbuka hendaklah bermula pada 8hb.Syawal bukan sebelumnya kecuali 1hb.Syawal.

Sekiranya kita membiarkan Hari Terbuka dan adat ziarah yang sedia diamalkan ini diteruskan tanpa memperdulikan atau memgutamakan puasa sunat pilihan waktu afdal, maka selagi itu kita tidak akan dapat mencapai amalan yang terbaik. Kalau amalan yang disyorkan ini diamalkan secara individu mereka yang mengamalkannya akan dilihat seperti kera sumbang walaupun hakikatnya mereka yang terbaik. Untuk mencipta atau mewujudkan umat yang terbaik memerlukan penglibatan secara berjamaah dengan cara ini sahaja dipercayai dan diyakini hasilnya akan lebih berkesan.

Amalan berhari raya sampai akhir Syawal tidaklah menjadi lebih baik sekiranya amalan yang diharapkan oleh Rasulullah.s.a.w.dipinggirkan atau diketepikan dengan mengutamakan adat.


Sekian...Wallahu aklam.

3 comments:

DrSam said...

Salam dan Eid mubarak buat Pak Ngah sekeluarga. Amalan yang paling baik ialah mengikut saranan Sunnah rasulullah S.A.W.

saya pun belum sempat menyempurnakan amalam yang baik ni.

Leenoh said...

Salam DrSam.

Agaknya kita memerlukan rakan sebaya untuk sama-sama menjayakannya kerana rakan sebaya pengaruhnya sangat kuat, sebab itu Pak Ngah cadangkan supaya berpuasa secara berjamaah.
Pak Ngah juga berjaya ditarik oleh persekitaran pada awal Syawal...persekitaran yang baik menjurus kita ke arah kebaikan.
Masih banyak hari lagi...kalau belum mula boleh mula esok..insya Allah.

ummunaufal said...

salam..
telah lama saya mencari "bicara" yang menggalakan puasa sunat syawal bermula pada 2 hariraya.. kebanyakkan mengatakan keutamaan meraikan tetamu dan memenuhi tuntutan rumah terbuka adalah lebih "afdal" dari meneruskan puasa sunat syawal...

pengalaman saya..walaupun berpuasa tapi masih boleh berziarah..cumanya tak makan saja..

Cadangan supaya dilakukan anjakan sangat baik...