Thursday, September 30, 2010

Manusia diperintahkan supaya taat Allah dan Rasul .

Salam semua.

Mauduk artikel ini hanya sebagai ulangan sahaja kerana sering diperkatakan dan diungkapkan setiap kali khatib menyampaikan khutbahnya pada setiap hari Jumaat, sebahagian daripada kita telah mempelajarinya atau sekurang-kurangnya mendengar khutbah mengenainya,

Sekiranya seseorang Islam itu mentaati Allah dan Rasul-Nya, perkara-perkara yang lain dengan sendirinya akan berpaut dan berada di atas landasan yang betul dan benar . Ajaran Islam tidak bercanggah dalam mengarahkan umatnya mentaati Allah, Rasul dan pemimpin, mentaati peminpin tertakluk kepada mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya pemimpin tidak selari dengan perintah Allah dan Rasul, maka gugurlah perintah ketaatan rakyat kepadanya. kalau rakyat terus juga mentaati pemimpin seperti itu maka gugurlah pula ketaatan rakyat kepada Allah kerana ketaatan itu tidak berdasarkan perintah-Nya Perkara yang jelas dan nyata di sini ialah perintah manusia tidak boleh mengatasi perintah Allah.

Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 92 yang bermaksud:

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya). Oleh itu jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.”

Firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa perintah agar mentaati Allah s.w.t itu adalah perintah yang tegas, tiada sebarang tolak ansur lagi, Jika ada manusia yang enggan mentaati perintah itu maka buruklah akibatnya nanti, Rasulullah s.a.w telah menyempurnakan tanggungjawabnya menyampaikan perintah tersebut dengan jelas dan nyata.

Di dalam ayat itu disebut dua kali kalimah taat iaitu "taat Allah dan taat Rasul", manakala di hadapan kalimah pemimpin hanya disebutkan " dan pemimpin" tidak lagi diulang kalimah taat tadi. Ini menunjukkan ketaatan kepada pemimpin hanyalah bergantung kepada akhlak pemimpin itu sendiri ,sama ada mentaati Allah dan Rasul atau sebaliknya, sekiranya pemimpin engkar dengan ketaatan tersebut, maka tiada lagi kewajipan rakyat untuk mentaatinya.

____________________________

http://174.36.196.142/~server5/ahmad_nu/005.mp3

No Title

Qari : Ahmah Nauina.

____________________________

Ayat-ayat di bawah sebagai menyokong hujah di atas.

Katakanlah, "Taatlah kepada Allah, dan rasul." Tetapi jika mereka berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang tidak percaya (3:32)

Dan taatlah kepada Allah dan rasul supaya kamu dikasihani. (3:132)

Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada rasul, …… (4:59)

Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah dan rasul-Nya, dan janganlah berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar. (8:20)

_________________________________

" Mendengar dan taat ke atas seseorang Islam sama ada pada perkara yang disukai atau dibenci, apabila disuruh melakukan perkara yang maksiat (jahat), maka tidak wajib dengar dan taat"
( Hadis).

Perintah manusia tidak mengatasi perintah Allah..

___________________________

Terpulanglah kepada setiap individu untuk mengambil keputusan atas setiap sesuatu dan membuat tindakan sewajarnya sesuai dengan ajaran Islam kerana di akhir nanti setiap orang akan dipertanggungjawabkan ke atas tindakan yang mereka lakukan di dunia ini, tiada siapapun yang boleh menanggung dosa orang lain.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: