Thursday, September 9, 2010

Kenangan di Hari Aidil Fitri 1430/2009.

Salam semua.

Masjid Batu 3. Shah Alam.

Sebelum Ramadan 1430/2009.

Para remaja sedang menunggu sumbangan penghargaan kepada mereka selaku pembantu seliaan jamuan more sebagai galakkan kepada remaja menjadi rakan masjid.



Kenangan di Hari Aidil Fitri tahun 1430/2009 di Masjid Batu 3. Shah Alam, kini menjadi sejarah yang sukar dilupakan.Kepada AJK masjid dan imam-imamnya diucapkan ribuan terima kasih kerana kemesraan anda semua telah memikat hati para jamaah, memang sewajarnya Pegawai Masjid bersikap demikian untuk menggalakkan kemakmurannya dan memacunya supaya berkembang cepat seperti yang diidam-idamkan.

Kemesraan pegawai atau AJK masjid sangat penting bagi menarik anak Qariah suka ke masjid, disamping keceriaan dan ruang solat yang selesa dan pengisian majlis ilmu yang mantap dan berjadual, kondisi ini juga menyebabkan anak Qariah bermurah hati dan ringan tangan untuk memberi derma dan lain-lain bantuan.

Syabas dan tahniah kepada anda semua kerana sepanjang pemerhatian saya yang juga pernah menjadi anak Qariah masjid ini didapati anda semua
telah menjalankan tugas dengan cemerlang, kelayakan anda semua selaku pemegang amanah memajukan masjid ini tidak patut diragukan lagi.Semoga maju jaya.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: