Thursday, September 9, 2010

Shah Alam lengang - Ramai pemandu langgar lampu isyarat.

Salam semua.

Shah Alam Lengang.

Ramai penghuni Shah Alam balik kampung untuk berhari raya, di mana-mana kelihatan lengang, jalan raya kekadang kosong sehingga fungsi lampu isyarat terasa seolah-olah tidak praktikal lagi, hanya sesuai diletakkan papan tanda berhenti ( Stop look and go ) sahaja. KL pun serupa juga bila tiba Hari Raya sama ada Aidil Fitri atau Raya Korban. Maka ramailah pemandu melanggar lampu isyarat termasuk penulis sendiri.( berhati-hati )..Cerita ini berdasarkan pengalaman yang lalu, biasanya pada awal pagi Ahad juga lengang di lokasi tetentu kerana kebanyakan sedang berehat di rumah masing-masing.

Kelengangan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya melanggar lampu isyarat, lampu hijau jalan, lampu kuning jalan dan lampu merah pun jalan, akhirnya berlaku juga kemalangan, Di antara jam 3.00 - 4.30 petang ini salah seorang ahli keluarga penulis telah mengalami kemalangan dengan seorang pemandu yang melanggar lampu isyarat berhampiran Taman Perindustrian UEP, Jalan Batu Tiga Lama kerana kesalahannya jelas maka tiadalah berlaku persengketaan atau perselisihan kerana membincangakan atau menentukan siapa yang salah dan siapa yang betul.....mungkin juga ada hikmahnya di situ....

Diringkaskan cerita kedua-dua pihak bersetuju membawa kereta ke bengkel untuk dibaikpulih,Nasib mereka baik kerana terdapat banyak bengkel kereta berdekatan dengan lokasi kejadian tersebut, bayaran ditanggung oleh pihak yang melanggar lampu isyarat, setelah dinilai beliau terpaksa membayar sebanyak RM1600.00 ( Ringgit Malaysia: Seribu enam ratus sahaja ).Kereta dijangka siap pada hari Ahad depan.....MALANG TIDAK BERBAU.....

Kepada pemandu baru penulis ingin mengingatkan supaya betul-betul berhati-hati di jalan raya, walaupun berhati-hati kekadang orang lain pula yang melanggar kita, namun demikian sekurang-kurangnya kita telah berusaha dan berikhtiar.

Ketika memandu sudah semestinyalah kita perlu menggunakan sepenuhnya kemudahan keselamatan yang sedia dilengkapkan di badan kereta kita terutamanya cermin kiri, kanan dan cermin hadapan untuk mengawasi persekitaran dan situasi semasa supaya kita dapat bertindak cepat.Brek amaran juga perlu digunakan supaya dapat dielakkan dari dilanggar dari arah belakang, lampu isyarat untuk belok ke kiri dan kanan juga hendak jangan malu dan malas menggunakannya kerana isyarat itu sangat penting bagi kereta lain yang berhampiran dengan kita. Sebenarnya itulah sahaja cara kita berintraksi dengan pemandu yang lain.

Memandu ketika hujan lebat sangat berbahaya bagi semua jenis kereta terutamanya bagi mereka yang kurang berpengalaman, apabila banyak air bertakung di atas jalan akan memungkinkan kereta bergerak seperti sampan dan menukar arah, keempat-empat tayar tidak lagi mengikut arahan steringnya, ( penulis bercakap berdasar pengalaman ), selain itu pemandangan pemandu masing-masing menjadi kabur dan terhalang. Dalam situasi demikian pun masih terdapat pemandu yang degil mereka terus memandu dengan laju dan menakutkan dan mengerikan orang lain.Kekadang berlaku kemalangan atau melanggar dari arah belakang yang melibatkan beberapa kereta dalam jumlah yang banyak.Kereta yang berada di tengah akan mengalami kerosakan teruk di bahagian depan dan juga belakang.
Minta dijauhi Allah.

Sekian...Wallahu aklam.

1 comment:

Unknown said...

Salam Eidulfitri buat tuan sekeluarga...

Moga hari kemenangan kita rayakan dengan penuh bermakna...