Thursday, September 30, 2010

Adab berbual / bersembang.

Salam semua.

Artikel ini hanya berdasarkan pengalaman sendiri sahaja bukan hasil kajian atau mendapat maklumat dari mana-mana buku , sudah tentulah ilmu itu hampir semuanya datang dari orang lain dan dipenghujung atau asal kehadirannya dari Allah belaka.

Berbual atau sembang.

Berbual.
Bagi setengah masyarakat mentakrifkan berbual itu sebagai percakapan yang berlaku di antara dua orang atau lebih yang mengandungi percakapan yang berfaedah atau mempunyai manfaat bersama.

Bersembang.
Manakala bersembang pula sama juga iaitu percakapan di antara dua orang atau lebih tetapi bercampur- aduk dengan perkara yang lagha dan sia-sia seperti mengumpat, mengacum, membuat fitnah, mengutuk dan seumpamanya.


Berbeza takrif.
Lain padang lain belalang. Di setengah tempat berbual dan bersembang itu sama sahaja takrifnya, tiada apa-apa perbezaan, ianya sekadar perkataan sama makna atau erti sahaja.

Artikel ini bukanlah hendak memfokuskan kepada perkara yang tersebut di atas.tetapi ingin berkongsi tabiat orang berbual dan bersembang serta kandungannya. mungkin kekadang kita terlalai dan terlupa bahawa Allah itu Maha Melihat dan Mendengar serta menilai setiap aktiviti manusia.Maka sewajarnyalah kita memilih perkara yang baik sahaja untuk dibawa bersembang atau berbual.


Tabiat orang berbual.
Berbual juga memerlukan adab dan kemahiran tertentu, walaupun pada amnya semua orang mempunyai kemahiran tersebut tetapi kualitinya nanti akan berbeza di antara satu sama lain.
Selain daripada berbual mengenai perkara- perkara yang baik dan membina sesuatu masyarakat, kaedahnya yang tersendiri juga perlu dijaga dan ditelitikan, kalau perkara ini tidak dihiraukan, mungkin kita akan menjadi ibu keladi yang tidak disukai...Atau...perbualan akan menjadi satu hala atau satu arah sahaja kerana dikuasai oleh orang yang mempunyai banyak idea tetapi melupai bahawa orang lain juga mempunyai banyak idea sepertinya dan ingin menyampaikannya kepada orang lain yang turut serta di dalam perbualan itu .Peserta yang tidak teliti ini menyebabkan peserta yang lain terpaksa menjadi pendengar yang baik . Perbualan seperti ini akan menjemukan sebahagian yang lain, kerana situasinya menyebabkan peserta lain tidak berpeluang meluahkan idea atau menyampaikan isi hatinya.


Menjadi pendengar yang baik di dalam perbualan adalah di antara adab penting yang perlu dimiliki setiap orang.mereka yang gagal menjadi pendengar yang baik akhirnya akan ditinggalkan kerana orang lain tidak berminat berbual dengannya. Biasanya terdapat sebahgian kecil daripada mereka yang pernah menjadi ketua di dalam sesuatu bidang gagal menjadi pendengar yang baik terutamanya bila mereka berhadapan dengan orang yang lebih rendah profilnya. Orang seperti ini kelihatan bijak tetapi sebenarnya tidaklah bijak atau bijaksana. kelemahanya kerana tidak memiliki sifat tawaduk.

Di dalam sesuatu perbualan itu perlu diamalkan tatacara tertentu yang sepatutnya tersirat di dalam dada masing-masing. Di antaranya:

Perlu diamalkan:
1- Menjadi pendengar yang baik.
2- Memastikan perbualan yang telah diluahkan itu telah memadai atau tidak terlalu panjang.
3- Pastikan kita telah memberi peluang kepada orang lain untuk turut serta.
4- Mencelah hanya pada ketika yang sesuai sahaja.
5- Memberi respon kepada kandungan yang disampaikan.
6- Bertanya khabar hal keluarga, kehidupan dan kesihatan juga penting.

Jangan diamalkan:
7- Terlalu banyak menceritakan hal diri sendiri yang mirib kepada memuji diri sendiri.
8- Abaikan cerita orang lain kerana terlalu ghairah hendak menceritakan sesuatu.
9- Tidak fokus dan tidak mengambil berat cerita orang lain.
10- Membongkar rahsia dan keaiban sendiri atau orang lain.
11- Mengumpat,memfitnah, berdusta, mengacum dan segala yang mazmumah.
12- Mendedahkan rahsia rumahtangga dan kelemahan pasangan.kecuali dalam sesi kaunseling.

Dan banyak lagi perkara yang perlu dijaga ketika berbual supaya terhindar daripada perbuatan lagha, sia-sia dan menjemukan orang lain terhadap cara kita berbual.

Sekian...Wallahu aklam.

3 comments:

Leenoh said...

Komen dari Facebook:

Salmiah Hamad.
saya termasuk dlm golongan org bersembang..Ari tu nak jadi baik dah..Cuba try tak sembang, tp kwn2 marah...depa kata mana bleh wat camtu..Payahla..nak insaf sat pun takbleh..
_____________

Lee Noh ‎...
Sembang bukan salah, mengumpat,mengacum,memfitnah tu yang salah...orang bisu pun sembang.

Unknown said...

tapikan..kdg2 masa terhad. membuatkan utk menjadi pendengar yg baik terabai dan menjadi x berkualiti... tapi ye bagus juga peringatan begini...

Leenoh said...

Salam Izan.

Kekadang kita kena muhasabah diri sama ada cara kita bersembang tu betul atau tidak. maksudnya disukai kekawan atau tidak.
Harapan kita sekurang-kurangnya di dalam kategori biasa atau sederhana. kalau bukan yang terbaik.