Sunday, September 5, 2010

Suatu anjakan yang baik dan berhak mendapat pujian.

Salam semua.


Suatu anjakan yang baik dan berhak mendapat pujian.

Setelah puluhan tahun menunaikan solat Sunat Tarawih di puluhan masjid di beberapa negeri di Malaysia jarang terserempak dengan cara yang diaplikasikan di Masjid/Surau Taman Palatinum, Seksyen 7.Shah Alam, Selangor. di mana sebelum solat dimulakan, mereka memaklumkan terlebih dahulu surah yang akan dibaca serta menyampaikan isi kandungan atau intisari ayat yang hendak dibaca oleh Tuan Imam .

Dengan cara itu para makmum yang tidak memahami bahasa Arab ( bahasa Al.Quran ), sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui sepintas lalu cerita atau kisah yang dijelaskan Allah yang dibacakan imam di dalam solat yang mereka ikuti sebentar nanti.

Tazkirah ini sangat bermanfaat dan tidak mengganggu solat kerana ianya disampaikan menjelang menunaikan solat yang 20 rakaat itu, masa yang diambil pun tidak begitu lama dan amat sesuai.Kalau masih terdapat mereka yang merasai jemu dengan anjakan atau tazkirah ringkas tersebut bermakna mereka inilah yang sebenarnya perlu beralah dan mendidik diri mereka bagi menyesuaikan diri dengan kedaan dan cintakan ilmu.

Pada hemat saya anjakan seperti ini sangat baik dan mereka berhak menerima pujian serta patut dipuji.Perubahan demikian akan sentiasa berlaku jika AJK surau atau masjid sentiasa berfikir secara proaktif bagi memajukan masjid/surau jagaan mereka.Tradisi yang baik patut dikekalkan dalam pencarian yang baru untuk menambahbaikan kepada kemajuan masyarakat Islam.

Pendekatan ini juga boleh memberi kesedaran kepada para jamaah tentang pentingnya memahami isi kandungan al.Quran kerana Al.Quran adalah sumber rujukan bagi orang Islam. kalau tidak memahami isi kandungannya sudah tentulah tradisi membaca al.Quran itu tidak mencapai okjektif sepenuhnya, jika itulah situasinya bagaimanakah orang Islam boleh mendapatkan panduan untuk menghayati perintah Allah yang terkandung di dalamnya. Maka sewajarnyalah memahaminya terlebih dahulu.

Kini anjakan yang baik telah dibuat dan direalisasikan maka para jamaah akan memahaminya sedikit demi sedikit lama kelamaan mereka akan membuat anjakan seterusnya yang tercetus dan terhasil dari motivasi tersebut, akhirnya harapan menjana masyarakat madani insya Allah akan tercapai.

Syabas dan tahniah kepada AJK.Masjid/Surau Al.Mawaddah Taman Platinum.


Sekadar pada hematku.

Sekian...Wallahu aklam.

No comments: