Friday, June 12, 2009

Jerebu + Paip pecah.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Pagi ini saya bersarapan di Restoran Ali's Corner Seksyen 20 Shah Alam.
Semasa saya melintasi bulatan Megawati , dalam perjalanan ke Sk20 tadi, kelihatan jerebu tebal menyelimuti awan dan menghalang pandangan, bangunan-bangunan tinggi yang biasanya kelihatan indah dan menarik, pada jam 8.30 pagi ini masih dilindungi jerebu dan kelihatan kabur serta tidak puas mata memandang.


Gambar ini diambil ketika berada di atas
bulatan Megawati.


Berhampiran Sek.Men.Teknik
Jalan Batu Tiga Lama.



Di kawasan Taman Perumahan
Jalan Batu Tiga Lama




Air sedang mengalir ke kawasan lain.


Kelihatan air telah mengalir jauh ke kawasan lain. Saya yakin kejadian ini telah dilaporkan oleh penduduk sekitar kepada pihak yang berkenaan.
Kita berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kerugian dan pembaziran.
Saya dan keluarga bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Selangor kerana memberi air percuma, kadar yang diberikan itu mencukupi untuk kegunaan sekeluarga.


Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Dee said...

harap dpt diperbaiki segera..kerana catuan air akan bermula kalo cuaca panas berterusan...

Leenoh said...

Sala Dee.
Hujan kurang dan paip pula pecah, diharap pihak berkenaan dapat mengatasinya segera.
Insya Allah segalanya akan menjadi baik.