Pada "entry" kali ini saya ingin menyampaikan sedikit panduan yang ringkas mengenai susunan saf di dalam solat jamaah berdasarkan Hadis yang dipaparkan di bawah ini.
Sabda Rasulullah.s.a.w:
Daripada Abu Mas'aud al.Ansoori r.a. katanya: " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak didirikan solat sambil Baginda bersabda: " Betulkan,penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu.
Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya" Berkata Abdullah bin Mas'aud: " Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah" ( Riwayat Imam Muslim )
Intisarinya.
Kalau kita meneliti Hadis di atas kita dapat melihat betapa sempurnanya ajaran Islam, ajarannya mementingkan disiplin dan adab yang mampu mendidik umatnya atau penganutnya mampu menyusun masyarakatnya maju ke hadapan.Arahan dan peraturan yang diwujudkan sangat suai dan relevan dengan kehidupan masyarakat.
Cuba lihat susunannya;
(1) Saf pertama yang menjadi saf utama kerana ianya berhampiran dengan imam (pemimpin) diperintahkan supaya dipenuhi oleh orang cerdik pandai dan matang fikiran di kalangan ahli jamaah.
(2) Saf berikutnya diikuti pula oleh mereka yang telah baligh atau hampir baligh.
(3) Saf seterusnya dipenuhi oleh kanak-kanak mumaiyiz dan yang sepertinya.
Susunan saf ini, jika dilihat dari segi kepimpinan terdapat menasabahnya kerana andai kata imam melakukan kesilapan akan dapat ditegur oleh orang yang betul-betul berada di belakangnya.( teguran yang diizinkan semasa sedang solat ),
Kalau imam terbatal solatnya juga akan dapat dan mampu digantikan oleh orang yang betul-betul berada di belakangnya. Selain daripada itu orang yang berada disaf berikutnya adalah terdiri daripada mereka yang bukan cerdik pandai oleh itu mereka boleh menjadikan orang di depan mereka itu sebagai panduan dan contoh untuk mereka ikuti.
Kanak-kanak amat sesuai berada di saf belakang supaya mereka tidak menimbulkan gangguan ketika sedang bersolat atau tidak berlaku apa-apa perbuatan yang melucukan yang mungkin membatalkan solat orang dewasa, jika mereka berada di tengah-tengah orang dewasa tanpa disiplin tertentu perbuatan tersebut tidak dapat dielakkan.
Saf yang rapat dan lurus amat penting dijagai.
Cara meluruskan saf ialah dengan melihat lurusnya tumit kita dengan tumit orang lain di dalam saf dan merapatkannya sekadar bersentuhan yang masih memberi keselesaan untuk bersolat.
Sekiranya berlaku kekosongan atau terdapat ruang di hadapan, orang berkenaan hendaklah cepat melangkah ke hadapan untuk menyempurnakannya, itulah cara yang terbaik bukan membiarkannya sehingga makmum yang berada di saf yang jauh datang memenuhinya.
Pengetahuan yang seragam mengenai perkara ini patut dimiliki oleh setiap makmum tanpa pemgetahuan yang seragam tingkah laku yang bertentangan akan terus berlaku dan keinginan mencapai kesempurnaan solat berjamaah akan lambat tercapai.
___________________
Peringatan tambahan:
Sekiranya jamaah itu terdiri daripada beberapa golongan, maka saf hendaklah diatur seperti berikut;
(1) Imam.
(2) Makmum lelaki.
(3) Kanak-kanak lelaki.
(4) Perempuan dewasa.
(5) Kanak-kanak perempuan (belum baligh)
Sabda Rasulullah. s.a.w.
Adalah Rasulullah.s.a.w. mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.
( riwayat Muslim )
___________
Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.
10 comments:
kadang-kadang anak2 ni bila dapat saf paling belakang belum cukup time dah calitbut... hihi... selalunya bolan pose lar.... nak bakar mercun.
guano.....
Salam Izan.
Memanglah Allah jadikan budak-budak perangainya begitu- kalau tidak, tak pula dinamakan budak, kita dulu rotan ikut di belakang, itupun masih ca alif but, hehehe.
Asalkan kita ada kawalan, insya Allah depa tak melampau.
Salam Pak Ngah,
Entri yang menarik. Ringkas tetapi penuh pengisian. Biasa mak-mak ni, sebab anak2 ada kat belakang, jadi bila saf kosong, susah sket nak ke depan. Saya selalu solat jemaah di masjid negeri di bulan puasa. Memang saf wanita tak dijaga. banyak lompong-lompong.Imam sebut 'saf' pun mereka buat tak tau jer.. maybe sebab tak tahu informasi berkenaan dengan penjagaan saf solat. Apapun, entri ni best, dan harapnya dimanfaatkan oleh pembaca.
Salam Leenoh.
Berdisiplin menjaga hukum.
Bersentuhan kaki membawa perpaduan.
Merapatkan bahu mengelak syaitan.
wallahu aklam.
saf yang betul mengikut yang dicadangkan mengambarkan perpaduan kaum muslimin dan patuh kepada displin,ini sungguh cantik lantas dibawa kepada kehidupan kita seharian.tapi ini jarang-jarang difikirkan oleh kita semua.
Salam Hani,
Pada bulan Ramadan memang banyak tempat jadi macam tu, berlebih-lebih lagi di surau kerana tempat agak sempait dan panas,
Dia mai awai duduk bawah kipas dan bertunjang kat situ, hehehe tak mau gerak dah, dah tu dia tempah utk sebulan pula tu. Sapa pun jangan kacau itu tempat dia, hahaha itu dia, tapi tak pa jangan marah dia, sbb dia mai juga. Kita bagi ilmu kat dia pada masa lain.
Kalau dok rajin mai surau atau masjid lama-lama dia ok.
Hani jangan marah, kali ni Pak Ngah hang saja nak cakap utara.
Mengkalu hang tak faham, hang tanya noo, nanti Pak Ngah bagi tau.
Salam Zaidi,
Perpaduan dan kasih sayang penting, kalau kita ada ramai orang yang kita sayang dan juga ramai yang sayang kita, nescaya kita akan bahagia dengan keberkatan itu.
Setiap kali saya pergi solat Jamaah saya akan bawa minyak atar, bila hampir memulakan solat saya akan pelawa orang kiri kanan saya memakainya, pada saya itu salah satu usaha utk membina kasih sayang dan perpaduan.
Salam Sdr.Kuntong.
Ya. Bagi mereka yang berfikir dan faham secara mendalam, memahami bahawa peraturan itu sebagai ibarat yang patut dicontohi oleh masyarakat.
Dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian.
Salam Leenoh.
Untung la siapa yg duduk sebelah...tak payah beli minyak atar!
Salam Zaidi Ali.
Saya cerita setiap kali pergi solat jamaah, jangan salah faham bukan setiap waktu hehehe.
Maaf saya padam komen di blog anda kerana ada orang mai buat gangguan di blog saya - lain tajuk lain pula dia komen.dia letak beberapa nama tetapi agaknya satu sahaja.Saya kurang minat, jadi saya padam.
Post a Comment