Saturday, June 20, 2009

Fahaman Kuno dan Moden berjalan serentak.

Salam sejahtera untuk semua.

Sebahagian besar manusia di dun
ia ini mempercayai bahawa kehidupan manusia diterokai oleh Adam dan Hawa, merekalah manusia yang mula-mula hidup di dunia ini kemudian barulah keturunan Adam membiak sehinggalah ke hari ini dan seterusnya sampai Hari Qiamat.

Titik permulaan kejahatan yang membawa fahaman kuno sekurang-kurangnya wujud selepas Adam, Malaikat dan Iblis diketemukan Allah . Iblis membantah perintah Allah adalah saat tersemainya benih kejahatan dan fahaman kuno, iblis pada saat itu telah membuat perancangan untuk mengkunokan
Adam dan keturunannya.
Selepas beberapa zaman berlalu fahaman kejahatan, jahiliah, kuno dan syirik ini masih wujud, Pada zaman Nabi Musa.a.s Allah menurunkan kitab Taurat untuk memoden dan mentamadunkan serta memadanikan manusia, di antaranya mengubah mereka daripada menyembah anak lembu kepada sembah Allah dan diperkukuhkan dengan kitab Zabur pada zaman Nabi Daud a.s. Mankala kitab Injil diturunkan kepad
a Nabi Isa a.s. dan al.Quran kepada Nabi Muhammad.s.a.w.
____________________

Maaf rancangan tajaan tanpa bayar membawa pesanan penaja:

(1) Kalau makan durian, jangan makan ubat.
(2) Kalau makan ubat, jangan makan durian.
(3) Kalau makan durian, jangan makan tembikai.
(4) Kalau makan tembikai, jangan makan durian
_____
(5) Kalau makan durian, minumlah air dalam pangsanya.
(6) Kalau makan durian, makanlah buah manggis.

___________________________________

Pada saya manusia yang menyengutukan Allah dengan menyematkan dalam diri, jiwa dan hati mereka dengan kepercayaan karut seperti percayakan tangkal, adat-adat syirik, mengamalkan sihir dan perkara-perkara yang seumpamanya, itulah mereka yang layak bergelar atau digelar kolot, kuno, jahiliah dan yang pastinya bukan moden dan juga tidak berketrampilan hakiki di dalam hidup mereka.

Kehadiran kitab Taurat, Zabur, Injil dan al.Quran yang diturunkan kepada rasul-rasul tersebut tadi sebenarnya membawa wawasan memodenkan dan mengislamkan kekolotan dan fahaman jahiliah serta kesesatan dan juga membawa wawasan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang dan dapat melihat jalan yang lurus sehingga ke akhirat.
Manakala fahaman jahiliah yang kolot, kuno dan sesat itu wawasannya mengeluarkan manusia daripada cahaya yang terang ke kawasan yang gelap gelita yang sifatnya sesat lagi menyesatkan.

Jika kita melihat kepada senario ini maka benarlah fahaman kuno dan moden ini berjalan serentak yang mana fahaman tersebut dipelupori oleh manusia bersama malaikat di satu pihak dan manusia bersama iblis di satu pihak yang lain.

Manusia bersama malaikat adalah pihak yang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
Manusia bersama iblis pula adalah puak yang malang dan tidak mendapat taufik dan hidayah daripada Allah.
Maka beraraklah mereka ke hulu dan hilir dengan kesesatan dan bertambah lagi kerugian mereka apabila bergiat melawan pihak yang satu lagi iaitu pihak yang mendapat hidayah dan taufik Allah tanpa segan dan silu, tegasnya mereka melawan kebenaran.


Pada zaman Nabi Muhammad.s.a.w. baginda merupakan pemimpin yang memodenkan manusia dengan menyelamatkan manusia ketika itu daripada fahaman jahiliah yang kolot dan sesat. Manakala Abu Lahab dan Abu Jahal merupakan pemimpin yang berjuang mempertahankan fahaman jahiliah yang kuno dan sesat itu.

Sebagai meringkaskan topik ini, Jom kita lihat senario zaman ini pula melalui TV, akhbar, internet dan media -media yang lain, di sana kita akan dapati kisah Awang rempit, percaya tangkal, mengamalkan ilmu sihir, merompak, merogol, rasuah. fitnah dan banyak lagi yang tidak mampu hendak menyenaraikannya di sini.
Pada waktu yang sama masih ramai lagi mereka yang beriman, bersolat jamaah di masjid, di surau atau di rumah, mencegah kemungkaran, mengeluarkan zakat, bersedekah, menderma, memperjuangkan kebenaran, berdakwah mengajak manusia mengenal dan menyembah Allah.

Apa yang tidak menyenangkan kita, kelihatan kedua-dua pihak atau golongan itu seolah-olah berkeadaan seimbang atau kekadang dilihat seperti di satu pihak lagi mengatasi satu pihak yang lain. Jika sekiranya pihak kuno mengatasinya maka satu kewajipan yang berat sedang terpikul di atas bahu kita, aktiviti dakwah perlulah diperkasakan lagi dengan memperkayakan kaedah-kaedahnya, Seruan ke arah kehidupan yang moden dan mengikiskan minda syirik kerana fahaman kuno hendaklah dilebarkan lagi ruang cakupnya.

Tiga puluh atau empat puluh tahun dahulu kita beranggapan berlakunya kepercayaan karut dan adat karut di kalangan orang Melayu kerana ketika itu rata-ratanya orang kita tiada berpelajaran atau taraf pendidikan masyarakat masih rendah tetapi sekarang taraf pendidkan kita telah melonjak naik, sudah ramai yang berijazah dan ijazah lanjutan malah lebih tinggi lagi, bukan sahaja berpenidikan tinggi terdapat juga yang berpangkat, ditambah lagi dengan aktiviti sosial yang luas dan berketrampilan di dalam masyarakat, mereka juga dikesan terlibat dengan aktiviti syirik dan kuno ini.

Pelajaran dan pendidikan tinggi belum menjamin seseorang itu selamat daripada aktiviti syirik dan kuno ini , hanya mereka yang mendapat taufik dan hidayah dari Allah sahaja yang dijamin selamat, oleh itu kita semestinya memohon sepanjang masa supaya mendapat taufik dan hidayah daripada Allah serta memohon supaya hidayah dan taufik itu kekal selama-lamanya.


Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

6 comments:

Nl said...

salam pak Ngah... selamat berhunjung minggu... dibaca terima kasih...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Terima kasih kerana tinggalkan kesan bacaan sekurang-kurangnya menambatkan ikatan silaturrahim.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat "buta, tuli dan pekak" yang dimaksudkan Allah SWT dalam al-Quran.
Amin.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Ya. Kita kena banyak berdoa supaya memiliki mata dan telinga yang berkat serta mendapat nur dari Allah.

HeroHuruHara said...

Salam Leenoh,

maaf nak ceriakan sikit hari sahabat-sahabat..... "hari ini kebaya kuno dan kebaya moden pun berjalan serentak"..

Leenoh said...

Salam HeroHuruHara.
Merapu ada makna,hehehe, amanah dengan rasuah juga berjalan serentak di kantor dan di jalanan.