Wednesday, June 17, 2009

Jom. Kita sembang-sembang di Balai Lintang.

________

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Balai Lintang

Kalau kita hendak menulis memang macam-macam ada untuk ditulis , cuma sama ada berfaedah atau tidak itu yang difikirkan. Kali ini saya ingin bersembang-sembang dengan anda secara bebas tanpa mengambil berat tentang bahasa dan nahunya, agaknya boleh juga dicampuradukkan dengan bahasa utara dan bahasa pasar, maklumlah kita sembang di Balai Lintang bukan di dalam masjid, di dalam masjid kenalah lebih berjaga-jaga dan hormati, kena suci tubuh badan barulah boleh berhenti di dalam masjid, kalau wanita sedang haid dilarang berhenti di dalam masjid sebab itu disediakan Balai Lintang untuk mereka duduk atau berhenti, kalau ada baca kitab mereka bolehlah duduk di situ untuk mengikuti baca kitab atau mendengar apa-apa ceramah yang berpusat di dalam masjid. Dengan sebab itulah juga siaraya kenalah sentiasa berkeadaan siap siaga, kalau tidak terputuslah maklumat bagi mereka yang berada di Balai Lintang.

Balai Lintang istilah orang utara, sama ada orang di sini juga menggunakan istilah yang sama atau tidak, saya kurang pasti, Balai Lintang didirikan berdekatan dengan masjid tetapi bangunannya berpisah dengan masjid terutamanya bahagian bumbung tidak bersambung dengan bumbung masjid, kalau bersambung bumbung bermakna ianya menjadi sebahagian daripada masjid kerana berada di bangunan yang sama, untuk memastikan bahawa Balai Lintang itu bukan masjid maka didirikan berpisah bumbung.

Oleh itu biasanya ahli jamaah , kalau mereka hendak sembang-sembang selepas solat jamaah di sinilah tempatnya atau di bangku panjang berhampiran masjid kerana hendak menghormati masjid, tindakan itu memang ada
rasionalnya walaupun sembang di manapun kalau berputar di sekitar perkara yang dilarang tetap hukumnya haram jua.

Sebenarnya saya bukan hendak sembang pasal Balai Lintang, ini cuma sebagai pengenalan sahaja. Hajat di hati nak sembang pasal benda lain atau tajuk lain yang mungkin ada juga faedahny
a.


Aduuh Sakit kepala

Semasa saya merayau-rayau dari blog ke blog sering terjumpa dengan kekawan kita yang menceritakan yang mereka kerap juga diserang sakit kepala atau migrain, dalam hal ini saya teringin juga hendak memberi beberapa petua atau pandangan sesuai dengan laman Kehidupan Bersih, kalau selalu sangat mengalami sakit kepala atau sakit apa sahaja tentulah keadaan itu menghalang kita daripada hidup di dalam kehidupan bersih.

Sakit kepala atau migrain sebenarnya bukanlah penyakit seperti yang dianggap oleh sesetengah orang, kalau bukan penyakit, apa pula status migrain dan sakit kepala itu pula. Sakit kepala atau migrain adalah tanda penyakit, tanda menunjukkan ada sesuatu yang tidak betul atau tak kena pada badan kita.Migrain yang dimaksud di sini bukanlah yang kronik tetapi lebih kepada sakit kepala biasa sahaja.

Sebarang pandangan yang saya berikan janganlah anda yakin, percaya boleh yakin jangan. sebabnya saya bukanlah seorang doktor. Apa yang saya sampaikan ini hanyalah melalui ilmu saya dari Universiti Kehidupan Harian yang tidak dipamerkan ijazahnya, he3.

Antara sebab seseorang itu sakit kepala atau migrain;
(1) Mengalami sembli
t.
(2) Panas badan.

(3) Tidak berpeluh terutamanya di bahagian kepala.
(4) Terdedah dengan cuaca panas.
(5) Buasir, dll...w
allahu aklam.

untuk mengelakkan daripada serangan migrain atau sakit kepala, pesakit perlulah mengatasi sekurang-sekuarngnya empat perkara tersebut di atas;

(1) Mengalami semblit.
Apabila seseorang itu mengalami semblit, najis akan terperangkap kukuh di pintu keluarnya sehingga angin yang lazimnya keluar melalui sal
uran tersebut beratus kali dalam sehari termasuk yang disedari atau tidak disedari, keluarnya angin secara yang disedari kita sebutkan sebagai kentut. Apakah yang terjadi kalau sejumlah angin tidak dapat keluar melalui saluran biasa, sudah pasti ianya akan cuba keluar melalui saluaran lain oleh itu angain akan bergerak ke atas untuk mencari jalan keluar, ada yang berjaya keluar , ada yang tidak berjaya, sebahagianya pula terus bergerak ke atas sehingga ke kepala dan terangkap di sana menyebabkan kita sakit kepala atau mengalami migrain.
Maka sebab itulah dikatakan sakit kepala itu bukanlah penyakit tetapi hanya tanda penyakit, Situasi ini penyakitnya yang sebenar ialah semblit. untuk mengelakkan berlakunya sakit kepala, kita perlulah merawat dan men
gelakkan berlakunya semblit.
Semblit dapat dielakka
n dengan;
(a) Banyakkan makan buah-buahan.
(b) Makan buah-buahan terutamanya yang bersirat beberapa minit setiap kali sebelum makan tengahari atau makan
malam.

(c) Banyakkan minum air.
(d) Jangan tangguh apabila terasa unt
uk buang air besar.
(e) Banyakkan makan sayuran.

(2) Panas bad
an.
Panas badan boleh berlaku kerana makanan , makanan berempah, bercili, berlada dan lain-lain makanan yang menyebabkan panas badan (
diri sendiri perlu membuat pecaman atau ambil ingatan).
Untuk mengelakkan panas badan;
(a) Banyakkan minum air.
(b) Makan sengkuang, sayuran, se
ngkuang Cina dll.
(c) Minum air Cap Badak, serbuk mutiara
( Cincu hon - Sinse).
(d) Sudah tentulah kurangkan makan makanan yang berempah dan bercili atau berlada.


(3) Tidak berpeluh terutamanya di bahagian kepala.
Setelah angin terperangkap di dalam atau di bahagian kepala dan di tambah pula dengan tidak keluar peluh di bahagian kepala, maka menjadikan peluang untuk angin keluar tertutup, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya peluh keluar di bahagian kepala, sekiranya peluh keluar, angin yang sifatnya sangat halus itu juga akan tumpang keluar bersama-samanya melalui laluan yang sama .

Pada suatu pagi saya berasa sakit kepala, kebetulan jiran sebelah rumah datang ke rumah dan ingin mengambil buah mempelam atau buah mangga di hadapan rumah, saya gagahkan diri tolong kait atau jolokan kerana menjolok buah mempelam dari pokok yang agak tinggi itu memggunakan tenaga yang banyak juga sehingga peluh pun keluar dan sakit kepala pun hilang tanpa saya sedari pada mulanya, ini bermakna angin yang terperangkap di dalam kepala telah keluar bersama-sama peluh tadi, tekanan angin itulah yang menyebabkan sakit kepala, apabila angin telah keluar tiada lagi tekanan di dalam kepala, maka tiada lagi sakit kepala.

(4) Terdedah dengan cuaca panas.
Setelah terdedah dengan cuaca panas orang seperti ini berlaku kekeringan di bahagian kulit kepala (tanpa peluh ) menjadikan haba panas akan meresap masuk ke dalam kulit kepala, lama kelamaan haba itu akan meresap masuk semakin dalam, mungkin sehingga ke otak, beberapa jam kemudian berlakulah sakit kepala kerana kesan haba panas itu tadi.
Sakit kepala kerana punca seperti ini, untuk melegakannya hendaklah kita jelum atau jaram dengan air atau dengan air batu sehingga betul -betul basah dan membiarkan keadaan basah itu sehingga kesan sejuknya masuk ke dalam kulit kepala dan ditambahkan dengan Minyak Cap Kapak atau air Johnson's Baby Cologne. ( Basahkan kepala dahulu kemudian ditambahkan dengan salah satu yang disebutkan itu ).
Tindakan yang paling penting janganlah berjemur di dalam cuaca yang panas.

(5) Buasir.
Buasir juga boleh menyebabkan sakit kepala kerana bengkakan yang membesar di dubur itu juga menghalang angin keluar dengan lancar, keadaan itu boleh menyebabkan angin terperangkap dan akhirnya angin bergerak melawan arus iaitu naik ke atas sehingga ke kepala atau bahagian yang lain, keadaannya hampir sama seperti akibat semblit.
Untuk mengelakkan buasir membengkak kurangkan makan makanan yang panas seperti kari atau gulai dan lain-lain makanan yang berempah, berlada dan makanan yang banyak menggunakan cili.

Pada mulanya saya ingat mau sembang merapu sahaja tetapi jadi sebaliknya pula, sedang saya tulis ilhampun datang bertali arus jadi saya ketuk ikut rasa dan ikut ilham semasa dan terlupa pula perancangan asal.

_______________


Akal yang cerdas berada pada jasmani yang sihat.
________________

Sekali lagi diingatkan petua atau pandangan ini hanya berdasarkan pembacaan dan pengalaman sahaja .
Sekadar ini dahulu sehingga bertemu lagi.

Sekian.Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

14 comments:

Anonymous said...

Salam.

Abu Ali al- Hussain bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina (Ibnu Sina) menyatakan bahawa terdapat 3 jenis sakit kepala. Sakit kepala biasa, kerosakan otak dan migrain. Beliau seorang doktor pakar yang genius!

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Ya.Salam itulah betul-betul doktor, Dr.Ibnu Sina.Yang ini cuma sembang di Balai lintang ja.
Bagi la tip sikit. apa yang beliau kata.
Tadi saya dak melawat Long Tambang internet pulak buat hal, baru tadi ok balik.

Anonymous said...

Salam.
Kata Dr. Ibnu Sina, sakit kepala biasa disebabkan oleh unsur bau tengik, cahaya silau dan bunyi hinggaq. Ubatnya: jauhi benda-benda tu.

Sakit kepala migrain sebab tekanan stress...ubatnya kawin (kalau bujang lagi le!). Kalau dah kawin tu..faham aje la!

Sakit kepala disebabkan saraf otak rosak...kena buat operation.

Mak Su said...

tima kasih :)

juga banyakkan ingat Allah, ingat mati, entah cemana ek.... tiba2 jer badan terasa sihat dan lega dari penyakit. wow! subhanallah

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Agaknya sebab tu orang tua kata, bila kahwin seseorang itu akan berubah sehingga berbeza lebih 100 tahun he3, agaknya macam-macam yang berubah.
Terima kasi atas info tersebut.

Leenoh said...

Salam Mak SU.
Betul betul betul. ingat Allah perlu mendarah daging.
Kalau malam susah nak tidur, dengar bacaan ayat-ayat Al.quran buka perlahan, insya Allah boleh tidur.

Anonymous said...

Salam Leenoh.
Katanya lagi sakit sawan/epilepsi disebabkan gangguan makhluk halus...kena bermunajat kepada Allah SWT dan baca ayat2 al-Quran. Macam Mak Su cakap tu lah...ingat Tuhan.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Memang syaitan suka ganggu orang yang orang Kedah kata imannya sam-sam, kalau orang yang imannya tinggi syaitan takut.
Kalau nak kacau juga kena hantar panglima dialah, kalau tidak tak lut.

Nl said...

salam untuk pak ngah...

errr saya kalau sakit kepala saya minum kopi panas tak pun minum air 100plus jer...

saya tak akan telan panadol atau ubat moden tu semua... saya fhobia dgn ubat...

meungkin perjalanan darah saya tak ok kot... itu yang buat saya sakit kepala...

lain orang lain kepala lain kepala lain sakitnyer heheheee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Pak Ngah pun gitu gak. Tapi Pak ngah boleh makan ubat. Cuma sangat jarang makan panadol, banyak guna minyak cap kapak ja.

Dee said...

salam leenoh,
thx bg petua..rasanya mmg sbb angin dee migrain..tmbh2 lg ada byk plan yg nk kena settlekan seblum gi holiday next month..

Leenoh said...

Salam Dee,
Kalau angin amalkan Tea Rooibos, insya Allah mujarab.
Ada kawan dah beri gelaran Dr.Leenoh, hehehe, tu dia dengan dua tiga petua dah dapat gelaran Dr he3 hebat betul.

Anonymous said...

Hello !.
You may , perhaps curious to know how one can collect a huge starting capital .
There is no need to invest much at first. You may begin to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with affiliates around the world.
Do you want to become an affluent person?
That`s your chance That`s what you wish in the long run!

I`m happy and lucky, I began to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a proper partner who uses your savings in a right way - that`s AimTrust!.
I make 2G daily, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to start , just click this link http://wigazunef.virtue.nu/irywywe.html
and lucky you`re! Let`s take this option together to become rich

Anonymous said...

Hello!
You may probably be very interested to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no need to invest much at first.
You may commense to get income with a sum that usually is spent
on daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to let you know my secrets at my blog.

Please visit my pages and send me private message to get the info.

P.S. I make 1000-2000 per day now.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]