Wednesday, December 30, 2009

Elok juga sekali sekala meronda-ronda melihat panorama untuk merehatkan minda.

Salam semua.

Pada pagi ini s
aya pergi ke Pasar Rabu yang mana pasar tersebut hanya menjual berbagai jenis kain dan pakaian, lokasinya terletak di Pekan Ayer Hitam iaitu bersebelahan dengan Sek.Keb. Ayer Hitam, pasar ini beroperasi pada setiap Rabu seawal jam 8.00 pagi sudah ada pengunjung sama ada pembeli runcit atau pemborong yang terdiri dari peniaga kain dan pakaian.

Pada hemat saya harganya lebih murah berbanding dengan tempat-tempat lain dan juga mempunyai banyak pilihan.
Selepas selesai membeli kain yan g saya hajati, kemudiannya saya pergi pula ke kawasan membeli-belah yang berhampiran di sini macam ada , di sini saya hanya membeli dua kilogram pisang tanduk untuk dijadikan pisang goreng ( bukan goreng pisang..he3) di samping melihat-lihat dan menikmati panorama di tempat yang jarang saya pergi.


Bahagian belakang dan luar kawasan sekolah

Saya hanya snap di bahagian sisi pasar sahaja.


Simpang Empat Ayer Hitam.
Kalau terus ke Yong Peng, kanan ke Kluang, kiri ke Batu Pahat dan arah ke belakang ke Simpang Ranggam dan terus ke Johor Bharu.


Bahagian ini beroperasi setiap hari.

Jika anda ingin meneruskan bacaan sila klik.

Lee Noh
BURUNG HELANG.
Apakah keistimewaan burung ini ?
Burung helang adalah sejenis burung yang mempamerkan penampilan bengis dan cergas, ditakuti oleh unggas yang lain, termasuk ayam dan itik...
Sekian. Wassalam.

6 comments:

KUNTONG said...

Sdr Leenoh:
Wah ! Hang betul-betul ronda kat Ayer Hitam tu ya..saya pun jarang-jarang pi pasar Rabu tu, hanya lalu saja. Seronok juga ya...Boleh ler satu hari nnti gi ronda kat sana.

Mak Su said...

seronok bersupping ni.... :)

selamat tahun baru 2010

Leenoh said...

Salam.

Patutlah orang Johor pakai lawa-lawa rupanya kain di tempat depa murah-murah.

Aku cuma beli tiga keping saja. gebang saja lebih..he3

Jangan buat silap yang jual pakaian dan kain ini cuma hari Rabu saja.
Kalau mai hari lain nanti hang tenganga la tak dapat beli.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Memang seronok kalau ada fulus, kalau tak ada cuma seronok tengok dan bercerita dengan orang lain je...he3

YB said...

Salam,

Lama dah tak ke Johor. Ingatkan kat kedah jer ada pekan rabu. Tempat saya di Slim panggil pasar lambak.

Leenoh said...

Salam YB.

Pasar ini beroperasi hanya pada hari Rabu, jadi saya saja namakan Pasar Rabu, kalau namakan Pekan Rabu nanti depa tala pi Alok Setak pulak...he3.

Saya pun tak pasti pasar ini apa namanya tapi lebih kurang macam Pasar Minggu juga.