Monday, September 7, 2009

Luahan hati keindahan Ramadan al.Mubarak. (puisi)


_____________________________________________________
oh sungguh indah...
_____________________________________

Aku salin semula ulasanku daripada laman blog di atas.
( Jangan marah ya Naqeeb, Pak Ngah hanya tumpang sekaki he3 ).

Blogger Leenoh berkata...

Salam Naqeeb.

Oh sungguh indah.
Keindahan kau umpama bulan.
Putih kau seputih bulan purnama.

Membawa berkat seribu bulan.
Nama kau selepas Syaaban.
Usia kau sekadar Syawal.

Di depan kau rahmah.
Di tengah kau maghfirah.
Di akhir kau syorga.

Kehadiran kau manusia terkumpul,
Di masjid.
Di surau.
Di Pasar Ramadan.
Di meja makan.

Oh indahnya Engkau.
Aku cinta padamu.
Engkau datanglah lagi.
Engkau jengoklah lagi.
Engkau ziarahilah kami.
Kami rindu padamu.

Pemergian kau menjadikan,
Hati ini gersang.
Hati ini kosong.
Tiada lagi suara selawat.
Tiada lagi suara riuh kanak-kanak.

Aku tidak malu.
Aku tidak segan,
Menyatakan aku cinta padamu.

Kerana cinta padamu,
cinta pada Allah.
Kerana cinta padamu,
cinta pada Rasul.

Aku tetap menanti kehadiranmu lagi.
Allahu akbar.

2009 September 7 07:14




Sekian.Wassalam

Padam

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

whoaaa tersentuh hati saya membaca sajak pak ngah kali ini...

tak sangka pak ngah pandai berpuisi... huhuhuu


saya ketiadaan idea nak tulis puisi lagi...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Itulah puisi hentam kromo Pak Ngah - Naqeeb sebagai pembuka mindanya, sebelum itu tidak terlintas pun. hehehe.