Melontar pada hari tasyrik kedua.
Tanggal 12 hb. Zulhijjah 1430.

Doakan semoga saudara mara kita dan kaum muslimin dan muslimat seluruhnya dapat melakukan lontaran dengan sebaik mungkin dan mendapat haji mabrur.
Catatan:
Pada hari ini akan terdapat sebahagian daripada para jamaah haji akan membuat Nafar Awal setelah mereka siap melontar di ketiga-tiga jumrah dengan membuat pilihan balik ke Makkah sebelum terbenam matahari pada hari ini dan tidak lagi melontar pada esok hari dan memadai dengan lontaran hari ini sahaja. Dengan syarat mereka telah bermalam di Mina lebih separuh malam ( lebih 6 jam ) pada tiap-tiap malam berkenaan ( 11 dan 12 Zulhijjah ).
Di Makkah nanti mereka akan bertawaf haji dan bersae di antara Safa dan Maruah. Dengan demikian sempurnalah haji mereka. Semua larangan yang berbaki pun gugur dan tiada lagi larangan semasa mengerjakan haji.
Sebelum balik mereka akan membuat pula tawaf widak ( tawaf perpisahan ).
Elok juga kalau anda membacanya kerana banyak manfaatnya.
• Klik : Mencari kebenaran beragama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm